Bahaya menggunakan minyak masak recycle

Saya nak kongsikan, perkongsian Dr Zubaidi mengenai bahana yang boleh membawa kemudharatan kepada kesihatan kita dan anak-anak, jika kerap menggunakan minyak masak yang direcycle atau minyak masak yang digunakan berkali-kali.

Mungkin rasa macam enteng saja perkara ini. Mungkin kekangan ekonomi keluarga menyebabkan kita tiada pilihan. Pendapat saya, kesihatan mesti jadi keutamaan. Jika kita ada duit RM20 dalam purse, ada pilihan dan beli buah anggur yang nampak sedap tu, dan ada potongan harga sekilo RM19.90 pulak tu, dan minyak masak di rumah dah habis, pilih lah untuk beli minyak masak ya.

Satu lagi, kalau saya gemar sangat makan ayam seringgit. Kalau lalu depan gerai ayam goreng singgit di pasar malam, sure terpaksa singgah beli dua tiga ketul. Bila difikirkan semula, ayam singgit ni dah ramai yang kongsi resepi di web. Search saja, ada punya. Lebih baik kita masak sendiri di rumah. Lebih terjamin InsyaAllah. Tapi kita pun, janganlah amalkan menggunakan minyak masak yang dah diguna berkali-kali.

Sekiranya anda macam saya, dah bertahun tahun makan makanan yang tinggi kandungan toksik atau lemak jahat, pertimbangkan lah buat full body detox. Usus dan saluran darah mungkin sudah tenat. 


Anda pernah dengar tentang kopi CEO, Lactoberry, teh Luchun, lingzhi yang ada selamat dan ada patent bernama Yung Kien... dan ingin cuba? Produk berasaskan lingzhi Yung Kien dan lingzhi Jia Hor, serta beberapa produk makanan kesihatan biotechnology Keluaran Shuanghor, berkualiti premium, selamat dijadikan makanan Harian, dan yang playing penting, mungkin jawapan kepada Pencarian anda untuk pelbagai penyakit kronik.
Darah tinggi, gout, Gerd, kencing manis, kanser dan banyak lagi. Semuanya penyakit yang mengharukan. Jika dibiar berlarutan, hidup tidak tenteram.
Betul, sakit boleh ke klinik atau hospital ambil ubat. Betul?
Anda berminat sihat tanpa ubat? Silakan, chat atau wassap saya

✊✊✊ Kesihatan yang optimum, kini bukan lumrah alam



Kredit untuk perkongsian di bawah - Dr Zubaidi Ahmad

JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI


Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.


Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.


Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.


Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.


Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.


Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.


Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.


Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.


Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.


Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.


#HealthDrZubaidi

Comments

Popular posts from this blog

Tell me WHY WHY WHY oh WHY (to the tune of Beatles' song Tell me why)

February 8th 2014.