Cara atasi sembelit semasa mengandung
Cara mengatasi sembelit khususnya bagi wanita mengandung Apa yang terdetik di fikiran anda apabila melihat gambar betik ni? Sedap Lama tak makan Manis manis buah Banyak biji Harga mahal sekarang Elok untuk atasi sembelit? Ibu-ibu yang pernah atau sedang hamil, pasti ramai yang tahu dan ramai juga yang pernah mengakami sendiri, betapa merimaskan masaalah sukar membuang air besar atau sembelit. Bagi ibu-ibu yang dalam pantang selepas bersalin cara normal, dapat pula masaalah sukar membuang, aduhai, alangkah seksanya. Saya sendiri yang anak-anak kini telah dewasa, sewaktu mengandung dulu memang tidak lepas dari masaalah sukar membuang ini. Macam-macam petua dicari. Suami pun bertambah tanggungjawab khusus untuk bantu redakan masalah sembelit sang isteri, cari buah betik, hiris buah tomato nipis-nipis, blend buah epal atau pisang campur yogurt. Laman web DrZubaidi.com menyebut “makan makanan banyak serat seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan” pa...